Sunday 15 May 2011

Rindu..Rindu..

Lepas sudah minggu kesedihan. Dimana minggu lepas merupakan minggu air mata aku. Sakitnya bila berhadapan dengan perpisahan. Sedih sangat bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang. Selesai perjuangan di utm, maka berpisah la dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Masing-masing balik ke kampong halaman. Ada yang ke utagha, timur barat dan sebagai nya menuju ke kampong halaman masing2. Aku je yang ditinggalkan di bumi Johor ni.

Setiap hari hilang seorang sahabat. Semakin hari semakin ramai yang meninggalkan utm. Hingga la sampai hari terakhir berpisah dengan roommate tersayang. Sangat sedih tak sanggup rasanya nak berpisah. Tapi apakan daya, adat pertemuan pasti ada perpisahan. Alangkah seronoknya kalu kita diberi masa sehari je lagi tuk spend masa together, mesti kita akan hargai masa tu kan. Tp ini la manusia yang tak reti bersyukur. Dah bagi masa 3 tahun tuk bersama pun masih tak cukup. Bila dah habis belajar cam ni, rase banyak lagi benda nak buat terutamanya dengan kawan2. Rasa tak puas nak borak sama2, gelak sama2, shoping sama2, makan sama2, gadoh sama2, nangis sama2 dan sebagainya.

Rasa menyesal plak tak teman ana tengok wayang. Ana suka tengok wayang kan. Rasa menyesal plak tak teman amra g karaoke. Amra suka karaoke lagi2 lagu ziana zain. Tang tarik chourus tak kan ku lupa sebijik cam ziana zain suara ko am. Zubaidah…aku x sure apa hobi ko. Tapi ko selalu cakap ko x banyak baju nak pakai. Nanti kalu aku ada banyak duit aku nak hadiah kan ko baju banyak2 zu. ;(. Sedihnya, napa x buat semua tu masa korang ada depan mata. Kenapa baru sekrang terasa nak buat. Insyaallah kalu satu hari nanti diberi peluang, mesti aku akan buat semua tuh tuk korang semua.

Paling sedih berpisah dengan kawan-kawan yang rapat. Amra, zubaidah, ana dan yang lain2. Paling sedih bila nak say goodbye dengan ana sebab dia la roommate aku. Sayang sgt2 kat dia, aku dah anggap mcm adik sendiri. Tak sanggup nak tengok muka dia masa last aritu. Tak terucap kata nak minta halal dan maaf. Yang hanya adalah air mata. Lepas dah salam peluk cium, kami pun pulang. Sepanjang perjalanan air mata aku mengalir bila teringat kat ana. Paling sedih sangat berpisah dengan dia. Maklum la setiap ari makan sama2, keluar jalan sama2, banyak masa spend dengan dia. Bila dia tak de rasa kehilangan sangat.

Pejam2 celik2 dah 3 tahun tahun kita membina ukhuwah persahabatan. Banyak pahit dan manis kita lalui bersama. Mesti aku akan rindu gelak tawa korang semua. Yang selalu ada disisi disaat susah dan senang. Segala yang kita lalui memberi kita pengajaran siapa sahabat yang selalu disisi disaat kita susah dan senang. Alhamdulillah aku di kurniakan sahabat2 yang baik. Yang saling membantu di saat aku memerlukan. Manis nya nikmat persahabatan yang Tuhan berikan kepada kita, semoga kenangan ini akan terus segar dingatan korang semua.

Rindu sangat dengan ana, amra dan zubaidah. Walaupun baru berapa hari je kita berpisah. Entah bila kita dapat spend masa together lagi.Bila la aku nak datang shah alam nak jumpa ana. Bila la plak aku nak ke tanjung karang jumpa amra. Dan yang paling jauh bila la aku nak sampai ke kedah nak jumpa dengan zubaidah. Adakah korang still sama tak berubah bila kita jumpa 1 day nanti. Ada ke peluang lagi untuk aku dapat sahabat seperti mereka. Akan ada ke orang yang dapat memberi nikmat persahabatan yang sama mereka bagi kat aku. Insyaallah semoga ukhuwah kita akan kekal buat selamanya.

On da way tulis blog ni, terdengar ayat ni kat dalam tv,
“Kawan yang terbaik adalah kawan yang menerima kita seadanya, dan bukan menjadikan kelemahan kita sebagai alasan untuk membelakang kan kita.”( marila kita sama-sama renungkan…)

Akhir kata untuk sahabat2ku, Semoga kita dapat capai segala impian dan cita-cita masing2. Sejauh mana pun kita tercampak, insyaallah ukhuwah fillah tidak akan sirna di hati ini. Jaga diri kawan2. Korang semua memang kawan yang terbaik. Aku sayang sangat dengan persahabatan ini, sangat terkesan di hati ini dengan keikhlasan korang semua. Semoga korang semua bahagia dan happy selalu ye. Tak mo sedih2 taw. Biar aku je sedih sorang2 kat sini…Sob…sob…sob…;(

Saturday 7 May 2011

Ukhuwah Fillah kekal hingga ke Syurga

Masa berjalan dengan pantas tanpa sedar sudah 3 tahun masa di habiskan di UTM. 3 tahun bukannya satu tempoh masa yang pendek, banyak kenangan manis dan pahit, pengalaman yang bermakna. Semua kenangan dan pengalaman itu lah yang mematang aku dalam kehidupan ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan tak kan luput diingatan. Mereka lah banyak membantu perjuangan di UTM, yang sentiasa bersama di saat susah dan senang, yang sentiasa menerima kelemahan diri ini. Sesungguh nya kelemahan diri telah banyak diperbaiki atas bantuan sahabat disisi.

UTM sanjungan bangsa, tangan di dada.:)


Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Adanya kawan la yang kadangkala menenangkan hati yang gundah, meriangkan perasaan yang sedih dan sebagainya.

Banyak kenangan aku di UTM ni yang mungkin takkan dilupakan. Terutamanya kenangan bersama kawan. Firstly, aku nak cite pasal roommate aku yang paling sedih aku berpisah. Aku rasa dia la roommate yang d best in d world ak penah jumpa. Nama dia Nurul Farhana. Nama manja “ana”.hehe. Ana dah aku anggap macam adik aku sendiri. Umur dia baru 21 tahun. Dia ni kdg2 over manja kdg2 lagi matang dari aku. Tapi yang penting sangat understanding n sabar. Sebab tu kami mampu bertahan jadi roommate selama 2 tahun.


ni la roomate aku :) muka cam desprate je ana.hihi

Biasalah teman-teman lain yang rapat dengan aku. Amra, zubaidah, tikah, ct, nisa, iman. Korang sume kawan-kawan yang terbaik la. Banyak susah senang yang kita lalui bersama. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang ukhuwah yang terbina. Semoga kenangan ini lah yang kekal bersama walaupun kita tidak lagi bertentang mata. (ceh ayat x boleh blah)


gambar masa awal2 sem dulu..semua muka kudus2 belaka..



ni amra. teman ak yang paling "baik hati"


kawan2 d best la..


3 serangkai. aku, amra dan zubaidah

Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada anda semua sekiranya tidak dapat menjadi sahabat yang baik sepanjang perkenalan kita. Kadang2 terasa berat sangat nak berpisah dengan korang. Bila lagi kita dapat berborak2, bermain2, bermanja seperti sekarang. Bila semuanya dah balik ke tempat masing2, pasti susah untuk kita bertemu dan bersama seperti sekrang. Smga masa yang singkat ini dapat kita hargai sebaik mungkin untuk merasai nikmat persahabatan. Hope korang semua Berjaya dengan impian dan cita2 masing. One day kita buat reunion. Kita tengok anak sapa paling ramai k ;). Mudah2han Ukhuwah fillah akan kekal hingga ke syurga.