Sememangnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Oleh itu jangan sesekali kita menyalahkan takdir atau ketentuan dariNYA. Terimalah sesuatu itu dengan redha dan bertawakal lah dengan sebenar2 tawakal kepada NYA. Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang2 yang sabar.
Alkisah..satu hari "si dia" meminta tolong untuk pergi ke hospital. sedangkan selama ini aku tak pernah hantar dia ke hospital selain jenguk "si dia" kat hospital. Ini lah mungkin kata hikmah setiap kejadian itu. Sampai hospital, (HSA JB) dapat no 1 walaupun dah lambat sebab jem gegiler kat jalan ke bandaray tuh. Tp alhamdulillah maybe sebab hari jumaat tu yang tak ramai orang. ("dia" kata....)
Dalam masa nak tunggu giliran tuh, aku perhatikan lah orang sekeliling aku, bila aku xde mood nak bercakap aku akan duk diam then tengok geraklaku orang sekeliling aku. Nama pon klinik Neurologi. Of course la orang2 yang datang ada masalah dengan kepala, otak atau sewaktu dengannya lah. Memang rasa bersyukur sangat bila lihat keadaan orang yang disekeliling. Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kesihatan tubuh badan yang sempurna. Semoga kesihatan ini akan KAU berikan kepada hambamu ini buat selamanya, amin,,Buat kawan2, hargailah kesihatan yang dianugerahkan kepada kita sekarang. Sebab kalu kita diuji dengan "sakit" definately nikmat hidup kita akan berkurang. Tak banyak perkara yang kita nak buat boleh kita buat bila kita dah sakit. Dan yang paling parah, bila kita hilang sokongan atau kasih sayang daripada orang yang kita cintai .Darii pemerhatian aku itulah yang berlaku pada "si dia" . Kdangkala aku sangat bersimpati dan kadang2 sedih sebab tak dapat tolong apa. Hanya mampu berdoa untuk 'dia". Pangjang plak citernya. Berbalik pada tunggu giliran tadi.
Tungu punya tunggu sampai lah si Doktor yang ditunggu. No satu dipanggil masuk untuk berjumpa doktor. "dia" ajak aku masuk sekali. Aku pon follow la dari belakang sambil bawak beg "si dia" yang penuh dengan ubat. Katanya nak tunjukkan kat Doktor ubat yang dimakan.
Doktor dalam klinik tu sangat la santai. Dah kenal lah dengan "si dia" sebab dah selalu jumpa. Maklumlah "si dia dah lama mengidap penyakit ni lebih kurang dalam 3 tahun. Dah lama "si dia menderita. Tapi "si dia" sangat redha dan tabah sepanjang mengidap penyakit nya. Doktor pun tanya, wah nampak sehat je kamu?? "si dia" gelak2 saja. Borak punya borak keadaan yang mula happy n santai sedikit bertukar senyap dan suram. Bila Doktor cakap, sekarang ni penyakir BARAH OTAK awak ni dah stage 4.( already tau hal ni). Then, Doktor cakap, ketumbuhan "si dia" jenis yang jahat. Cepat merebak. Walaupun setengah bulan lepas kita nampak awak sehat tapi sekarang awak ada masalah dengan penglihatan plak. ("sekarang ni "sidia" mengalami masalah penglihtan yang double. nampak objek ada dua) . Pas tu, Doktor bukak Xray, dia tunjuk area ketumbuhan tu dekat dengan saraf mata. So, mugkin sebab itu "si dia" ada masalah dengan penglihatannya. Dan yang paling sedih dan perlukan kekuatan bila mendengarnya......Doktor cakap, saya bukan nak lemahkan semangat awak, tapi bila bercakap pasal "life Expectation"..disebabkan awak muda saya x boleh nk cakap berapa lama awak boleh hidup. Aku yang dengar ni tetiba jadi sebak dan rasa nak menitiskan air mata. Tapi "si dia" masih lagi rileks dan tenang walaupun aku dapat rasakan dilubuk hatinya sangat sedih dan menderita. Nurse2 yang baik dengan "si dia" kat situ semua puji dengan semangat dia. Sebab masih lagi boleh tergelak dan tersenyum. "si dia" memang macam tu. Kuat bila berhadapan dengan orang tapi dalam hatinya Allah saja yang tahu. Nurse2 kat situ nasihatkan aku supaya keluarga terdekat kena main peranan.Kena bagi semangat. Kalu semangat ada insyaallah boleh bertahan.
Aku jadi blur sekejap..alhamdulillah aku dapat tahan air mata daripada mengalir. Takkan aku nak menangis depan "sidia". Bertambah sedih plak nanti. Aku cuba tenangkan hati lapangkan fikiran dan berfikiran positif. Doktor bercakap berdasarkan perubatan. Semuanya di tangan Allah, Dia yang menentukan segalanNYa. Pada DIA sajalah tempat kita mohon pertolongan dan bertawakal.
Lepas siap ambil ubat sume, kami pon balik. "si dia" nampak tenang dan diam je. Nampak macam x de Mood nak bercakap. "sidia" cakap mengantuk sebab makan ubat. Taktahulah alasan sebab nak tutup kesedihan ataupun memang betul2 mengantuk,. Takpelah aku biarkan dia berehat. Tak nak ganggu smpai la aku hantar dia kerumah..
Lepas aku hantar "si dia balik" aku pon balik ke hostel. Perasaan aku sangat sedih dan tak tentu arah. Apa yang Doktor cakap tadi masih tengiang2 di kepala. Rasa bagai tak sanggup nak berhadapan dengan semua ni. Walhal aku hanya mata yang memandang, Bagaimana dengan bahu yang memikul?? Betapa berat dan payah nya menanggung semua ni. Tapi bilaa aku berfikir tentang DIA, hati menjadi lebih tenang. Ingat bahwa kita semua akan mati. Tiada yang kekal. Allah tidak akan menguji hambanNYA dengan dugaan yang tidak kuat untuk kita tanggung. Aku cuba redha dan menerima dengan hati yang ikhlas.
Kesimpulannya, mesti sahabat2 yang tertanya2 siapakah "si dia".....Si Dia ialah kekanda yang sangat dicintai. Aku hanya ada sorang abang. Dia lah tempat aku bermain dan bermanja sebelum aku mendapat seorang adik perempuan. Aku sangat menyayanginya. Aku rindukan kasih sayang seorang abang. Namun aku redha dengan dugaan yang menimpa dirinya. Selalu semat di jiwa setiap berlaku mesti ada baikknya. Jangan dipertikai ketentuan Allah. Siapalah kita hendak melawan takdirNYA.
Setiap waktu aku berdoa untuk kesembuhan dan kesejahteraan buat keluarga ku, tugas manusia adalah berusaha untuk mencari penawarnya. Segalanya allah yang menentukan. Kita sebagai manusia dan hambaNYA yang sangt kerdil ini haruslah redha dengan setiap ujian yang diberikan, Semoga dengan itu, keimanan dan ketakwaan kita dapat dipertingkatkan. Mohon kepada sahabat2 yang membaca kisah ini dapat mendoakan kesembuhan buat kekanda tercinta SAZALI MD JAMALI. Semoga diberikan kesejahteraan kepada nya di dunia mahupun di akhirat....amin Ya Allah....
Bersama anakanda tersayang yang baru berumur 5 tahun.(Alyaa Syazwani)...
Alyaa Syazwani. Kanak2 berumur 5tahun yang belum tahu apa2 tentang kesihatan ayahnya, Masih sangat2 memerlukan kasih sayang dan belaian seorang bapa..Ya Allah permudahkan urusan kami. Kuatkanlah kesabaran kami...
ummi..tabahkan hati menghadapinya..insyaAllah, Allh sentiasa mendengar doa hamba-hambaNYA..( saya cuba tersenyum waktu post comment ini..walhal hati sya tersentuh membacanya..jika sya yg hnya membaca, memahami dan menilai karya ini mampu menitiskan air mata...SAYA TAHU BEBANAN yg ummi tggung..UMMI KENA KUAT!!!)
ReplyDeletesalam takziyah utk kak umi..iman sokong kata2 kak ika..kak umi tabahkan hati yer..klu kak umi tabah,insyaAllah abang kak umi akan sentiasa kuat..banyakkan baca Al-Quran + doa utk abg kak umi..kami di sini insyaAllah akan sentiasa mendoakan..Banyakkan solat hajat juga moga Allah memberi kekuatan pada abang kak umi..insyaAllah.Allah sedang menguji abg kak umi dan dia sedang berusaha melaluinya...tapi kita?
ReplyDeleteTerima kasih kawan2 atas sokongan dan nasihat kalian. semoga kata2 kalian dapat memberikan semangat dan kekuatan untuk diri ini meghadapinya. Dengan adanya kawan2 di sekeliling kadang terlupa dengan dugaan ini. boleh la terukir senyuman dan gelak. Kalau tak, hanya air mata.
ReplyDelete