langit tak selalu cerah. Kabus tak kan lama. Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali. Kita sebagai manusia perlu la redha dengan setiap yang berlaku sama ada baik atau sebaliknya. Sekiranya kita diberi ujian seperti penderitaan sakit atau sebagai nya perlu la sentiasa sabar, redha dan pohon kemudahan kepadaNYA. Sesungguhnya dugaan yang datang adalah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Jangan la difikirkan bahawa derita akan berpanjangan. Takut akan membawa putus asa pada Tuhan. Sentiasa la berfikiran positif supaya tidak goyang akidah kita dek hasutan syaitan.
Begitu juga sekiranya kita diberi kan nikmat seperti sihat atau rezeki melimpah ruah, sentiasa bersyukur dan membantu golongan yang kurang berupaya. Hidup ini ada pasang surutnya. Ibarat roda dimana sekarang kita berada diatas dan sekelip mata sahaja kita boleh berada dibawah keesokkann harinya. Jadi sentiasa beringat dan bersyukur dengan apa yang kita miliki pada waktu ini. Masa ada kita sedang diuji dengan musibah mahupun diuji dengan nikmat.
Kadang-kadang terfikir di lubuk benak ini, mengapa Allah berikan ujian sakit kepada ahli keluargaku?. Mengapa Allah penyakit barah otak kepada abang aku?. Kenapa sehingga sekarang Kau belum lagi tunjukkan penawarnya?Kenapa keluarga aku yang dipilih untuk dugaan ini?. Kenapa aku perlu melihat tangisan seorang ibu setiap kali bercakap tentang anaknya? Persoalan2 ini sentiasa berlegar2 di fikiran. Namun, aku belajar untuk redha sedikit demi sedikit. Walaupun pada mulanya agak sukar namun, bila kita sedar bahawa ujian itu bukan sahaja untuk keluarga kami. Malah Allah menguji semua hamba2nya dengan segala macam dan jenis dugaaan. Walaupun tidak diuji dengan sakit, allah menguji dengan duit, masalah keluarga, dan segala bagai. Allah itu maha mengetahui dugaan mana yang sesuai dan mampu ditanggung oleh hambanNya.
Sekiranya kita merasakan dugaan kita terlalu berat untuk kita, tanggapan itu sesungguhnya tidak benar. Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi maha mengasihani. Dia tidak akan menguji hambanya dengan dugaan yang tidak mampu mereka hadapi. Sentiasa bersyukur dan bertawakal sebenar2 nya tawakal. Sekiranya kita rasa dugaan kita berat, percayalah ada lagi hamba2 lain yang Allah uji dengan ujian yang lebih berat.
Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Pengalaman kita peroleh daripada bagaimana kita berhadapan atau melihat ujian. Cara kita melihat sesuatu perkara itu akan mempengaruhi proses kognitif dalam menyelesaikan sesuatu. Sama ada melihat sesuatu secara positif mahupun negative. Contohnya, sekiranya kita melihat musibah sebagai satu yang positif, insyaallah kita akan menghadapinya dengan tenang dan sentiasa memohon pertolongan dari NYA. Ini lah salah satu hikmah diturunkan ujian kepada umat manusia. Dimana Allah suka melihat hamba2 nya mendekatkan diri padaNYA. Fitrah manusia dimana mudah leka dan lalai dengan nikmat yang diberikan. Oleh itu, dengan ujian yang Allah turunkan mudah-mudahan kita tidak terus leka dengan nikmat duniawi. Sesungguhnya dunia hanya sementara akhirat la yang kekal abadi. Maka cari lah amal sebaik mungkin sebagai bekalan kita di alam yang kekal abadi nanti. Peringatan ini adalah untuk kita bersama. Bukan sahaja untuk pembaca malah untuk penulisnya ;). Sesungguhnya tanggungjawab kita sesame muslim untuk saling ingat mengingati dan berkongsi ilmu yang ada walaupun sekecil zarah.
Oleh itu, marilah kita sama-sama membersihkan hati. Perbaiki diri kepada yang lebih baik. Redha dengan setiap yang berlaku. Dan yang paling penting tanamkan rasa kesyukuran yang mendalam dalam jiwa supaya kita tidak sentiasa menyalahkan takdir atas setiap yang berlaku. Renung2kan dan selamat beramal…;)
Kognitif mesti positif..sangat tepat..
ReplyDeleteInsyaAllah, semua benda yg berlaku pasti ada hikmahnya..dan pada masa yg sama, memberi pengajaran kepada orang lain bahawa hidup di dunia ini adalah milik Allah.Yg sihat blh sakit, yg sakit blh sembuh dan pelbagai lagi tak kira usia..semoga sentiasa dikurniakan ketabahan hati.