Saturday, 7 May 2011

Ukhuwah Fillah kekal hingga ke Syurga

Masa berjalan dengan pantas tanpa sedar sudah 3 tahun masa di habiskan di UTM. 3 tahun bukannya satu tempoh masa yang pendek, banyak kenangan manis dan pahit, pengalaman yang bermakna. Semua kenangan dan pengalaman itu lah yang mematang aku dalam kehidupan ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan tak kan luput diingatan. Mereka lah banyak membantu perjuangan di UTM, yang sentiasa bersama di saat susah dan senang, yang sentiasa menerima kelemahan diri ini. Sesungguh nya kelemahan diri telah banyak diperbaiki atas bantuan sahabat disisi.

UTM sanjungan bangsa, tangan di dada.:)


Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Adanya kawan la yang kadangkala menenangkan hati yang gundah, meriangkan perasaan yang sedih dan sebagainya.

Banyak kenangan aku di UTM ni yang mungkin takkan dilupakan. Terutamanya kenangan bersama kawan. Firstly, aku nak cite pasal roommate aku yang paling sedih aku berpisah. Aku rasa dia la roommate yang d best in d world ak penah jumpa. Nama dia Nurul Farhana. Nama manja “ana”.hehe. Ana dah aku anggap macam adik aku sendiri. Umur dia baru 21 tahun. Dia ni kdg2 over manja kdg2 lagi matang dari aku. Tapi yang penting sangat understanding n sabar. Sebab tu kami mampu bertahan jadi roommate selama 2 tahun.


ni la roomate aku :) muka cam desprate je ana.hihi

Biasalah teman-teman lain yang rapat dengan aku. Amra, zubaidah, tikah, ct, nisa, iman. Korang sume kawan-kawan yang terbaik la. Banyak susah senang yang kita lalui bersama. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang ukhuwah yang terbina. Semoga kenangan ini lah yang kekal bersama walaupun kita tidak lagi bertentang mata. (ceh ayat x boleh blah)


gambar masa awal2 sem dulu..semua muka kudus2 belaka..



ni amra. teman ak yang paling "baik hati"


kawan2 d best la..


3 serangkai. aku, amra dan zubaidah

Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada anda semua sekiranya tidak dapat menjadi sahabat yang baik sepanjang perkenalan kita. Kadang2 terasa berat sangat nak berpisah dengan korang. Bila lagi kita dapat berborak2, bermain2, bermanja seperti sekarang. Bila semuanya dah balik ke tempat masing2, pasti susah untuk kita bertemu dan bersama seperti sekrang. Smga masa yang singkat ini dapat kita hargai sebaik mungkin untuk merasai nikmat persahabatan. Hope korang semua Berjaya dengan impian dan cita2 masing. One day kita buat reunion. Kita tengok anak sapa paling ramai k ;). Mudah2han Ukhuwah fillah akan kekal hingga ke syurga.

2 comments:

  1. :) good luck kak umi..persahabatan yang dibina bersulam dengan kejujuran, kesederhanaan dan yang paling penting ikhlas kerana nak menuju ke jalan Allah insyaAllah akan berkekalan hingga ke akhirat..Mintak muaaf juga andai diri ini terkasar bahasa n terguris jiwa..Hamba juga manusia biasa..Wish u all the best n semoga beranak ramai-ramai sikit..miahahaha..:p

    ReplyDelete
  2. betul siti. pengalaman dapat sahabat2 cm korang bagaikan kenangan terindah bak kata samsons (band indon tuh). biasalah tiada manusia yang sempurna didunia. ada saja kesilapan yg dilakukan hari demi hari. kita sebagai manusia biasa harusla akur dgn fitrah. saling menerima kelemahan dan bantu untuk baiki sahabat kita. ct kena cepat2 kawen tau. dapatkan anak2 yg ramai. kita lumba anak sapa pling ramai. :) hahahahah

    ReplyDelete