Wednesday, 18 April 2012

~ Tiada Tajuk ~

Salam kawan-kawan... Sejak dua menjak ni rajin pulak aku melawat blog. jalan2 g blog org lain. cantik2 blog diaorg sume up to date. blog aku ni jek yg macam ketinggalan zaman. tapi..ada aku kesah ke? alamak, baru idea menulis nak datang. tetibe bos masuk dari belakang.cet! terbantut sudah, semua idea lari. ceh..macam byak idea jek..tp nasib baikla bos aku x perasan. aku pon x sure la kalu dia nampak mgkin dia igt aku khusyuk buat keja. sebb aku xpenah nampak bos aku ni pegang komputer. aku ase dia buta IT kot. hehe.jahatnya aku. tp event gitu, dia rajin sgt bekerja. x padan kecik tp kalu buat keja sgt ligat. ok la,cukup la cite tentang bos aku. idea sume lari. so aku pon nak cabut lari..bubye..;)

Monday, 16 April 2012

~segalanya berubah~

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia (hehe patriotik kan)

lama dah x update blog ni. kesian blog ni bagai hidup segan mati tak mahu rasennya. aku pon da xtau nak mula dari mana sebab dah lama beno x menulis. otak pon rase dah berkarat jek.yela sejak2 keja ni konon bz x de masa la. tp sebenarnya aku rase banyak masa aku terbuang jek skrg ni.

lain benar rasenya hidup aku dlu n sekarang. bezanya kehidupan seorang pelajar n orang yg sudah bekerja. walaupun aku ni belum lagi dpt pkerjaan yg betul2 tetap, tp aku jga rasakan hidup org bekerja ni mcamana.

dlu masa blaja enjoy jek rase. stress pon sebab mikior pasal study. sekrang dah keja pon enjoy jga. da rase pegang duit sendiri. stress pulak pasal keja jela. tp balik keja mmg rileks habis. x pikir apa dah..pikir tdok jek.hehe..

tp sebenarnya rase kosong n bosan dgn rutin hidup skrg ni.aku rase otak ni x bekembang jek. aku rase aku x de life hidup kt jb ni. tiap weekend rase nak balik kg jek. sebab bila aku stay kt jb rase bosan n lambat beno masa berjalan. life aku skrg cuma ada family jela. housemate aku semua ok. tp yela kehidupan bekerja x sama dgn masa blajar.

inilah putaran hidup. nak x nak kena juga tempuhi walaupun ada benda yg kt rase x nak lalui. mungkin ni salah satu proses untuk jadikan manusia mcm aku ni lebih matang dlm mghadapi hidup.

okla,cukupla aku bebel sorang2 ni. sambung buat kerja balik. curik2 update blog time kerja.kah2.

Sunday, 15 May 2011

Rindu..Rindu..

Lepas sudah minggu kesedihan. Dimana minggu lepas merupakan minggu air mata aku. Sakitnya bila berhadapan dengan perpisahan. Sedih sangat bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang. Selesai perjuangan di utm, maka berpisah la dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Masing-masing balik ke kampong halaman. Ada yang ke utagha, timur barat dan sebagai nya menuju ke kampong halaman masing2. Aku je yang ditinggalkan di bumi Johor ni.

Setiap hari hilang seorang sahabat. Semakin hari semakin ramai yang meninggalkan utm. Hingga la sampai hari terakhir berpisah dengan roommate tersayang. Sangat sedih tak sanggup rasanya nak berpisah. Tapi apakan daya, adat pertemuan pasti ada perpisahan. Alangkah seronoknya kalu kita diberi masa sehari je lagi tuk spend masa together, mesti kita akan hargai masa tu kan. Tp ini la manusia yang tak reti bersyukur. Dah bagi masa 3 tahun tuk bersama pun masih tak cukup. Bila dah habis belajar cam ni, rase banyak lagi benda nak buat terutamanya dengan kawan2. Rasa tak puas nak borak sama2, gelak sama2, shoping sama2, makan sama2, gadoh sama2, nangis sama2 dan sebagainya.

Rasa menyesal plak tak teman ana tengok wayang. Ana suka tengok wayang kan. Rasa menyesal plak tak teman amra g karaoke. Amra suka karaoke lagi2 lagu ziana zain. Tang tarik chourus tak kan ku lupa sebijik cam ziana zain suara ko am. Zubaidah…aku x sure apa hobi ko. Tapi ko selalu cakap ko x banyak baju nak pakai. Nanti kalu aku ada banyak duit aku nak hadiah kan ko baju banyak2 zu. ;(. Sedihnya, napa x buat semua tu masa korang ada depan mata. Kenapa baru sekrang terasa nak buat. Insyaallah kalu satu hari nanti diberi peluang, mesti aku akan buat semua tuh tuk korang semua.

Paling sedih berpisah dengan kawan-kawan yang rapat. Amra, zubaidah, ana dan yang lain2. Paling sedih bila nak say goodbye dengan ana sebab dia la roommate aku. Sayang sgt2 kat dia, aku dah anggap mcm adik sendiri. Tak sanggup nak tengok muka dia masa last aritu. Tak terucap kata nak minta halal dan maaf. Yang hanya adalah air mata. Lepas dah salam peluk cium, kami pun pulang. Sepanjang perjalanan air mata aku mengalir bila teringat kat ana. Paling sedih sangat berpisah dengan dia. Maklum la setiap ari makan sama2, keluar jalan sama2, banyak masa spend dengan dia. Bila dia tak de rasa kehilangan sangat.

Pejam2 celik2 dah 3 tahun tahun kita membina ukhuwah persahabatan. Banyak pahit dan manis kita lalui bersama. Mesti aku akan rindu gelak tawa korang semua. Yang selalu ada disisi disaat susah dan senang. Segala yang kita lalui memberi kita pengajaran siapa sahabat yang selalu disisi disaat kita susah dan senang. Alhamdulillah aku di kurniakan sahabat2 yang baik. Yang saling membantu di saat aku memerlukan. Manis nya nikmat persahabatan yang Tuhan berikan kepada kita, semoga kenangan ini akan terus segar dingatan korang semua.

Rindu sangat dengan ana, amra dan zubaidah. Walaupun baru berapa hari je kita berpisah. Entah bila kita dapat spend masa together lagi.Bila la aku nak datang shah alam nak jumpa ana. Bila la plak aku nak ke tanjung karang jumpa amra. Dan yang paling jauh bila la aku nak sampai ke kedah nak jumpa dengan zubaidah. Adakah korang still sama tak berubah bila kita jumpa 1 day nanti. Ada ke peluang lagi untuk aku dapat sahabat seperti mereka. Akan ada ke orang yang dapat memberi nikmat persahabatan yang sama mereka bagi kat aku. Insyaallah semoga ukhuwah kita akan kekal buat selamanya.

On da way tulis blog ni, terdengar ayat ni kat dalam tv,
“Kawan yang terbaik adalah kawan yang menerima kita seadanya, dan bukan menjadikan kelemahan kita sebagai alasan untuk membelakang kan kita.”( marila kita sama-sama renungkan…)

Akhir kata untuk sahabat2ku, Semoga kita dapat capai segala impian dan cita-cita masing2. Sejauh mana pun kita tercampak, insyaallah ukhuwah fillah tidak akan sirna di hati ini. Jaga diri kawan2. Korang semua memang kawan yang terbaik. Aku sayang sangat dengan persahabatan ini, sangat terkesan di hati ini dengan keikhlasan korang semua. Semoga korang semua bahagia dan happy selalu ye. Tak mo sedih2 taw. Biar aku je sedih sorang2 kat sini…Sob…sob…sob…;(

Saturday, 7 May 2011

Ukhuwah Fillah kekal hingga ke Syurga

Masa berjalan dengan pantas tanpa sedar sudah 3 tahun masa di habiskan di UTM. 3 tahun bukannya satu tempoh masa yang pendek, banyak kenangan manis dan pahit, pengalaman yang bermakna. Semua kenangan dan pengalaman itu lah yang mematang aku dalam kehidupan ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan tak kan luput diingatan. Mereka lah banyak membantu perjuangan di UTM, yang sentiasa bersama di saat susah dan senang, yang sentiasa menerima kelemahan diri ini. Sesungguh nya kelemahan diri telah banyak diperbaiki atas bantuan sahabat disisi.

UTM sanjungan bangsa, tangan di dada.:)


Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Adanya kawan la yang kadangkala menenangkan hati yang gundah, meriangkan perasaan yang sedih dan sebagainya.

Banyak kenangan aku di UTM ni yang mungkin takkan dilupakan. Terutamanya kenangan bersama kawan. Firstly, aku nak cite pasal roommate aku yang paling sedih aku berpisah. Aku rasa dia la roommate yang d best in d world ak penah jumpa. Nama dia Nurul Farhana. Nama manja “ana”.hehe. Ana dah aku anggap macam adik aku sendiri. Umur dia baru 21 tahun. Dia ni kdg2 over manja kdg2 lagi matang dari aku. Tapi yang penting sangat understanding n sabar. Sebab tu kami mampu bertahan jadi roommate selama 2 tahun.


ni la roomate aku :) muka cam desprate je ana.hihi

Biasalah teman-teman lain yang rapat dengan aku. Amra, zubaidah, tikah, ct, nisa, iman. Korang sume kawan-kawan yang terbaik la. Banyak susah senang yang kita lalui bersama. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang ukhuwah yang terbina. Semoga kenangan ini lah yang kekal bersama walaupun kita tidak lagi bertentang mata. (ceh ayat x boleh blah)


gambar masa awal2 sem dulu..semua muka kudus2 belaka..



ni amra. teman ak yang paling "baik hati"


kawan2 d best la..


3 serangkai. aku, amra dan zubaidah

Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada anda semua sekiranya tidak dapat menjadi sahabat yang baik sepanjang perkenalan kita. Kadang2 terasa berat sangat nak berpisah dengan korang. Bila lagi kita dapat berborak2, bermain2, bermanja seperti sekarang. Bila semuanya dah balik ke tempat masing2, pasti susah untuk kita bertemu dan bersama seperti sekrang. Smga masa yang singkat ini dapat kita hargai sebaik mungkin untuk merasai nikmat persahabatan. Hope korang semua Berjaya dengan impian dan cita2 masing. One day kita buat reunion. Kita tengok anak sapa paling ramai k ;). Mudah2han Ukhuwah fillah akan kekal hingga ke syurga.

Tuesday, 26 April 2011

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa


Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.


"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)


Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)


Jadi, mengapa masih perlu berdoa?

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.

"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)


Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)


Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.


Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

Monday, 11 April 2011

Doa Ketenangan..




Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap merasa mengantuk yg memberi ketenangan, dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir


Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU


Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina...


Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...


Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu


Engkaulah pemelihara ku. Sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH


Tuesday, 5 April 2011

Langit Tak Selalu Cerah....











langit tak selalu cerah. Kabus tak kan lama. Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali. Kita sebagai manusia perlu la redha dengan setiap yang berlaku sama ada baik atau sebaliknya. Sekiranya kita diberi ujian seperti penderitaan sakit atau sebagai nya perlu la sentiasa sabar, redha dan pohon kemudahan kepadaNYA. Sesungguhnya dugaan yang datang adalah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Jangan la difikirkan bahawa derita akan berpanjangan. Takut akan membawa putus asa pada Tuhan. Sentiasa la berfikiran positif supaya tidak goyang akidah kita dek hasutan syaitan. 

                                  Pasti cerah kembali...........

Begitu juga sekiranya kita diberi kan nikmat seperti sihat atau rezeki melimpah ruah, sentiasa bersyukur dan membantu golongan yang kurang berupaya. Hidup ini ada pasang surutnya. Ibarat roda dimana sekarang kita berada diatas dan sekelip mata sahaja kita boleh berada dibawah keesokkann harinya. Jadi sentiasa beringat dan bersyukur dengan apa yang kita miliki pada waktu ini. Masa ada kita sedang diuji dengan musibah mahupun diuji dengan nikmat.


Kadang-kadang terfikir di lubuk benak ini, mengapa Allah berikan ujian sakit kepada ahli keluargaku?. Mengapa Allah penyakit barah otak kepada abang aku?. Kenapa sehingga sekarang Kau belum lagi tunjukkan penawarnya?Kenapa keluarga aku yang dipilih untuk dugaan ini?. Kenapa aku perlu melihat tangisan seorang ibu setiap kali bercakap tentang anaknya? Persoalan2 ini sentiasa berlegar2 di fikiran. Namun, aku belajar untuk redha sedikit demi sedikit. Walaupun pada mulanya agak sukar namun, bila kita sedar bahawa ujian itu bukan sahaja untuk keluarga kami. Malah Allah menguji semua hamba2nya dengan segala macam dan jenis dugaaan. Walaupun tidak diuji dengan sakit, allah menguji dengan duit, masalah keluarga, dan segala bagai. Allah itu maha mengetahui dugaan mana yang sesuai dan mampu ditanggung oleh hambanNya.


Sekiranya kita merasakan dugaan kita terlalu berat untuk kita, tanggapan itu sesungguhnya tidak benar. Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi maha mengasihani. Dia tidak akan menguji hambanya dengan dugaan yang tidak mampu mereka hadapi. Sentiasa bersyukur dan bertawakal sebenar2 nya tawakal. Sekiranya kita rasa dugaan kita berat, percayalah ada lagi hamba2 lain yang Allah uji dengan ujian yang lebih berat.
                                      Ujian Sakit penebus dosa..........

Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Pengalaman kita peroleh daripada bagaimana kita berhadapan atau melihat ujian. Cara kita melihat sesuatu perkara itu akan mempengaruhi proses kognitif dalam menyelesaikan sesuatu. Sama ada melihat sesuatu secara positif mahupun negative. Contohnya, sekiranya kita melihat musibah sebagai satu yang positif, insyaallah kita akan menghadapinya dengan tenang dan sentiasa memohon pertolongan dari NYA. Ini lah salah satu hikmah diturunkan ujian kepada umat manusia. Dimana Allah suka melihat hamba2 nya mendekatkan diri padaNYA. Fitrah manusia dimana mudah leka dan lalai dengan nikmat yang diberikan. Oleh itu, dengan ujian yang Allah turunkan mudah-mudahan kita tidak terus leka dengan nikmat duniawi. Sesungguhnya dunia hanya sementara akhirat la yang kekal abadi. Maka cari lah amal sebaik mungkin sebagai bekalan kita di alam yang kekal abadi nanti. Peringatan ini adalah untuk kita bersama. Bukan sahaja untuk pembaca malah untuk penulisnya ;). Sesungguhnya tanggungjawab kita sesame muslim untuk saling ingat mengingati dan berkongsi ilmu yang ada walaupun sekecil zarah.


Oleh itu, marilah kita sama-sama membersihkan hati. Perbaiki diri kepada yang lebih baik. Redha dengan setiap yang berlaku. Dan yang paling penting tanamkan rasa kesyukuran yang mendalam dalam jiwa supaya kita tidak sentiasa menyalahkan takdir atas setiap yang berlaku. Renung2kan dan selamat beramal…;)